Tuesday, June 22, 2010

FELCRA UNTUNG

Koperasi FELCRA Seberang Perak mencatatkan keuntungan 1.83 Juta ringgit tahun ini berbanding tahun lalu 1.08 Juta ringgit.

Perningkatan sebanyak 69 peratus ini membuktikan kesungguhan para peserta dalam mengusahakan projek-projek FELCRA BHD.

Antaranya,penanaman padi,kelapa sawit dan hasil ladang.

Pengerusi Anggota Lembaga Koperasi Sesi 2009/2010 Seberang Perak Zolkepli Samsuri berkata, para peserta juga akan memperolehi dividen sebanyak 12 peratus yang telah dicarumkan dalam akaun masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kampung Gajah.

Majlis perasmian di sempurnakan Exco Kerajaan Negeri Dato Saarani Mohamad mewakili menteri besar.

Lebih seribu yang hadir dalam mesyuarat Agung Tahunan kali ke-23 melibatkan peserta-peserta koperasi rancangan FELCRA di Seberang Perak.

End//NANA

No comments:

Post a Comment