Thursday, June 3, 2010

INDUSTRI PERLOMBONGAN

Perkembanghan ekonomi.

Kerajaan negeri mengenal pasti industri perlombongan sebagai sektor yang dapat meningkatkan ekonomi.

Dalam usaha itu Perak berharap kerajaan Persekutuan mengemukakan dasar yang lebih konstruktif bagi industri berkenaan.

Terlebih dahulu Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pihaknya akan memastikan deposit sebenar negeri ini sebelum mengumumkan industri perlombongan sebagai sektor utama di perak.

Ia kerana bergantung kepada kuantiti mineral yang ada di negeri ini.

Terkini dilihat industri timah boleh bangkit semula berikutan kenaikan harga yang semakin stabil di pasaran dunia sehingga mencecah tujuh belas ribu enam ratus US Dolar setan metrik.

End// Nur Shazleen Mohd Abd Rahim

No comments:

Post a Comment