Friday, January 29, 2010

AHLI MAJLIS

AHLI MAJLIS
Seramai 23 ahli majlis bandaraya Ipoh, m-b-i mengangkat sumpah pelantikkan untuk sesi 2010.

Mereka yang dilantik dari kalangan ahli politik dan wakil badan bukan kerajaan n-g-o yang memegang amanat berkenaan untuk tempoh enam bulan sehingga Jun depan.

Daripada 23 ahli majlis, tiga adalah muka baru iaitu ceylyn tan wei lung dari parti gerakkan dan dua lagi wakil n-g-o wong kooi fong dan liew see fan. Pelantikkan mereka bagi menggantikan tiga bekas ahli majlis yang meletakkan jawatan atas sebab komitmen kerja.

Turut mengangkat sumpah pelantikkan datuk Bandar ipoh, datuk roshidi hashim. Acara ini disaksikan exco kerajaan negeri, dato dr mah hang soon.

Menyedari kadar jenayah kecil yang semakin meningkat, dato dr mah menyarankan, melalui komuniti ahli majlis, masalah itu patut ditangani bersama demi kesejateraan dan keharmonian Bandaraya seperti Bandar Ipoh.

Tindakan ini juga bagi memastikan setiap ahli majlis benar-benar komited dengan tugasnya sebagai agen perantara. Malah mereka ini dianggap mampu menjadi agen pengubah demi meningkatkan prestasi dan kemajuan Bandar.

End//baizura

No comments:

Post a Comment