Saturday, January 23, 2010

YAYASAN BANTUAN GUAMAN

YAYASAN BANTUAN GUAMAN

Yayasan bantuan guaman ditubuhkan bagi membantu mereka yang dituduh atas kesalahan jenayah kecil untuk mendapatkan wakil peguam.

Menurut menteri di jabatan perdana menteri, dato seri nazri aziz, statistic menunjukkan 80 peratus yang dituduh di mahkamah tidak mampu mendapatkan khidmat pembelaan.

Cadangan penubuhan oleh majlis peguam itu, kini dibincangkan. Ia termasuk permohonan peruntukkan 5 juta ringgit ke atas yayasan berkenaan.

Tambah Dato seri nazri, perkara ini turut dipersetujui oleh Perdana menteri.

Perkara itu dinyatakn di majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kawasan parlimen padang rengas, kuala kangsar.

Dalam pada itu, dato seri nazri turut mengumumkan penukaran nama biro bantuan guaman kepada jabatan bantuan guaman. Ia ditukar bagi memperluaskan lagi perkhidmatan unit berkenaan untuk rakyat.

Secara rasminya, pertukaran itu dibuat 16 januari lalu.

End// baizura

No comments:

Post a Comment