Tuesday, January 19, 2010

JAMINAN BEKALAN

JAMINAN BEKALAN

Bekalan cukup dan tiada kenaikkan harga barangan ketika menjelangnya tahun baru cina februari depan.

Jaminan itu diberikan oleh timbalan menteri perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan k-p-d-n-k-k, dato tan lian hoe.

Tegasnya, tiada kompromi, jika peniaga bertindak dalam hal menyorok barang dan menaikkan harga barang secara berlebihan.

Justeru, k-p-d-n-k-k akan mengadakan pemantauan berterusan dari masa ke masa di setiap premis perniagaan termasuk di kedai runcit.

Dato tan lian hoe berkata demikian di Gerik.

Mengulas mengenai aktiviti pengedar cetak rompak, dato tan lian hoe berkata, kementeriannya akan mengemukaan pindaan akta hakcipta pada persidangan dewan mac depan.

Pindaan itu turut mengambil kira hal berkaitan penggunaan sistem muat turun yang kini mudah diakses oleh masyarakat.

End//baizura

No comments:

Post a Comment