Thursday, January 28, 2010

TANAH RIZAB

TANAH RIZAB
Unit perancangan ekonomi negeri, UPEN perak akan membanci semula kawasan penempatan di tanah rizab keretapi Kuala sepetang- Taiping.

Ia susulan persetujuan kerajaan persekutuan menyerahkan tanah rizab itu kepada kerajaan negeri Perak, semalam.

Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, kerajaan negeri akan mengambil lagi beberapa langkah seterusnya bagi menguruskan tanah berkenaan.

Ia termasuk memplotkan tanah, meningkatkan prasarana serta melihat bentuk proses penyerahan tanah itu kepada kerajaan negeri.

Kemungkinan juga hak milik tanah akan diberikan kepada penduduk di situ sekiranya tanah tersebut tidak lagi digazetkan sebagai laluan keretapi.

Kerajaan Perak memperuntukkan 38 juta ringgit bagi memiliki tanah rizab seluas 76 hektar itu yang kini menempatkan lebih 300 penduduk rumah setinggan.

Dengan penyerahan itu, kerajaan negeri secara langsung mengotakan janji kepada penduduk di situ untuk memiliki tanah tersebut yang telah dibuat semasa kempen pilihan raya perlimen bukit gantang april lalu.

Dato seri dr zambry berkata demikian di majlis perasmian dewan greentown, jalan hospital ipoh.

End//baizura

No comments:

Post a Comment