Thursday, January 14, 2010

TITAH RAJA MUDA

NAZRIN JUJUR

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak MAIAMP diarahkan membuat analisis lengkap tahap pencapaian tahun 2009 secara jujur untuk menerima hakikat kelemahan yang berlaku sepanjang tahun lalu.

sikap melindungi kesalahan dan kesilapan tidak harus berlaku kerana ia akan memberikan petanda salah seterusnya menggalakkan berlakunya kesalahan dan kesilapan yang lebih besar.

Perkara itu dititahkan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, berikutan beberapa insiden berkaitan isu agama yang kini dijadikan bahan kontroversi.

Titah baginda, perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal daripada dibiarkan merebak.

Bagaimanapun, kesedaran individu dan masyarakat itu sendiri amat penting terutama dari aspek hormat menghormati antara agama.

Sewajarnya sifat persefahaman itu perlu diterapkan agar persengketaan dapat dielakkan dan sekaligus perpaduan terpelihara.

Raja dr nazrin bertitah semasa majlis perasmian persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di ipoh.

END//BAIZURA

No comments:

Post a Comment