Wednesday, January 6, 2010

MB KPI

ZAMBRY KPI

Menjelang tahun 2010, kerajaan negeri Perak akan menggunapakai pendekatan pengurusan berorientasikan keberhasilan sebagai teras kualiti pembangunan..

Ia sekaligus akan mempengaruhi petunjuk prestasi utama K-P-I.

Menurut menteri besarnya, dato seri dr zambry abdul kadir, elemen kecekapan dan kepantasan dalam pentadbiran antara perkara yang diberi penekanan yang serius, ia termasuk segala urusan yang bermula di peringkat bawahan lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan telahpun memperkenalkan dasar 14 hari bagi semua jabatan dan agensi kerajaan bertindak memberi maklum balas kepada rakyat bagi segala urusan yang dibuat.

Dalam usaha meningkat kualiti perkhidmatan, semua pihak sama ada di peringkat kampung sehingga pemimpin kerajaan perlu bekerjasama dan bersatu.

Dato seri dr zambry ditemui selepas mengadakan mesyuarat ecxo di Ipoh.

Ditanya mengenai isu saman 200 juta terhadap akhbar suara keadilan berhubung fitnah keterlaluan yang dilaporkan ke atasnya, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menyerahkan kepada peguam.

End//baizura

No comments:

Post a Comment