Friday, January 22, 2010

BOMBA-MAJLIS

5 buah jentera penyelamat baru akan diserahkan kepada Balai Bomba Gopeng sempena Majlis Perbarisan Tahunan 2010 Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak.

Majlis yang akan diadakan pada 26 Januari itu akan melibatkan ke semua 28 balai bomba dari pelbagai unit.

Ia berlansung di Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan akan dirasmikan oleh Pengarah JBPM Negeri Perak , Tuan Haji Mohd Din Md Rajad.

Pelbagai acara telah dirancang sebagai pengisian majlis tahunan itu, antaranya penyampaian sijil penghargaan kepada orang awam yag terlibat membantu mangsa tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang.

Diharapkan dengan penganjuran majlis seperti ini akan meningkatkan lagi motivasi kakitangan bomba selaras dengan motonya sedia menyelamat.

END

No comments:

Post a Comment