Wednesday, January 27, 2010

RUMAH-MISKIN

Program Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) yang dijalankan oleh kerajaan negeri Perak bertujuan membantu orang termiskin mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

Exco Kerajaan Negeri, Dato Hamidah Osman berkata projek ini dibina hasil usahasama Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah yang berbentuk transit iaitu pusat pemindahan sementara rakyat miskin.

program sebegini telah dijalankan di 4 buah daerah seluruh Perak dan dengan jumlah pemohon 200 orang. Keutamaan akan diberikan kepada ibu tunggal yang tidak bekerja, orang kurang upaya dan warga tua.

Setiap tahun kerajaan akan menyemak semula kelayakan calon yang sudah tinggal dipenempatan ini untuk memastikan samaada mereka masih layak atau tidak untuk menetap disini.

Dato hamidah ditemui selepas melawat tapak projek PPMS di Simpang Pulai.


End/hakimie

No comments:

Post a Comment