Saturday, January 9, 2010

UP DATE BAS TERBAKAR

UPDATE BAS TERBAKAR

Susulan kejadian, empat buah bas terbakar di stesen medan Kidd pagi tadi, ia dipercayai akibat perbuatan khianat.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ibrahim Abu Bakar berkata siasatan masih dijalankan dan kini menunggu laporan daripada forensik

menurut, seorang pengawal keselamatan stesen medan kidd, Yeo Sin Hock, beliau ternampak sebuah lori memecut keluar dari kawasan berkenaan semasa api sedang marak.

Dalam kebakaran itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiga daripada bas yang musnah itu milik Syarikat Reliance Omnibus Company Sdn Bhd dan sebuah lagi kepunyaan Kinta Omnibus Sdn Bhd.

Pada masa ini, pihak polis sedang menyiasat perkara itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan.

End//baizura

No comments:

Post a Comment