Tuesday, January 19, 2010

SPM KELIRU

SPM KELIRU

Masih ada pihak yang keliru mengenai pelaksanaan dasar mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia s-p-m.

Di perak khususnya di sekitar daerah kinta, kekeliruan berkenaan wujud dalam kalangan ibu bapa dan pihak sekolah.

hal itu bagaimanapun, mendapat perhatian penasihat menteri besar Perak, datuk veerasingam, apabila menerima aduan berkenaan.

berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan kementerian pelajaran Malaysia, Datuk veerasingam menjelaskan dasar berkenaan yang dipersetujui oleh jemaah menteri pada disember 2009 lalu, telah menyenaraikan 10 matapelajaran kekal termasuk subjek teras untuk calon s-p-m.

namun, penambahan matapelajaran boleh dibuat dengan tambahan maksimum hanya dua subjek sahaja. Subjek tersebut hendaklah mengikut senarai yang ditetapkan kementerian.

Oleh itu, calon hanya layak mengambil 12 matapelajaran sahaja untuk menduduki peperiksaan s-p-m yang berkuatkuasan bagi sesi tahun 2010.


End// baizura

No comments:

Post a Comment