Wednesday, January 13, 2010

MBI LIMA BINTANG

MBI 5 STAR

Pada tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mensasarkan "lima bintang" dalam Penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata antara langkah yang diambil adalah memastikan semua proses kerja MBI didokumenkan bagi memudahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) membuat semakan.

Dalam usaha memantapkan pengurusan majlis, setiap kekosongan jawatan telah diisi secara berperingkat.

Selain itu, fokus melatih akan diberikan kepada pekerja MBI untuk meningkatkan tahap kecekapan dalam pelbagai bidang.


Dalam perkembangan lain, Persatuan Pesara Majlis Bandaraya Ipoh (Permai) akan turut bekerjasama untuk memberikan idea dan cadangan demi memajukan bandar raya Ipoh.

End//

No comments:

Post a Comment