Friday, January 22, 2010

TLDM KAPAL

Tentera Laut Diraja Malaysia, T-L-D-M telah mengemukakan cadangan perolehan lima buah kapal bantuan pelbagaiguna, M-S-S kepada Kementerian Pertahanan.

Ia bagi menggantikan kapal K-D Sri Inderapura yang terbakar oktober tahun lalu.

Panglima T-L-D-M, Tan Sri Abdul Aziz Jaffar berkata, perolehan kapal M-S-S dapat memperkuatkan armada T-L-D-M dan bantuan logistik untuk sebarang misi dan operasi di seluruh negara.

Antaranya untuk mengangkut anggota, misi bantuan kemanusiaan dan tugas pengaman.

Walau bagaimanapun, T-L-D-M menyedari kemampuan kewangan negara dan menantikan keputusan kerajaan mengenainya.

Tan Sri Abdul Aziz berkata demikian pada selepas majlis pelucutan tauliah K-D Sri Inderapura dan Kapal Tunda Diraja, S-T-D Sotong di Lumut.

keupayaan T-L-D-M terjejas dengan pelucutan tauliah K-D Sri Inderapura yang telah berkhidmat dalam pelbagai misi dan operasi sepanjang tempoh 14 tahun perkhidmatan.

end###

No comments:

Post a Comment