Saturday, January 23, 2010

OPS SAYANG

OPS SAYANG

Dalam “Ops Sayang”, jabatan imigresen lumut berjaya menahan 14 wanita warga China atas kesalahan menyalahgunaan pas lawatan.

Juga ditahan seorang wanita yang baru sahaja dibebaskan kerana kesalahan yang sama.

Menurut Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Dali kesemua mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan di premis hiburan.

Penahanan dibuat di sebuah kedai makan di Sitiawan. menyedari kehadiran pihak berkuasa kesemua wanita terbabit cuba melarikan diri.

kesemua mereka kini ditahan 14 hari mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 untuk tindakan lanjut

Serbuan dibuat berdasarkan maklumat orang ramai dan intipan selama seminggu oleh jabatan imigresen.

End//

No comments:

Post a Comment