Saturday, January 9, 2010

BAS TERBAKAR

BAS TERBAKAR


Di Ipoh, empat buah bas henti-henti terbakar di stesen bas Medan Kidd sekitar pukul 3.30 pagi tadi.

Bagaimanapun kebakaran berkenaan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sejurus dilaporkan mengenai kejadian itu, dua pasukan bomba daripada balai bomba Ipoh dengan 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurut ketua pegawai operasinya, Ahmad Razaini Saad berkata, kerja memadam kebakaran berjalan dengan baik berikutan tiada sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan air.

Dan kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 20 minit.

Kebakaran membabitkan dua pemilik syarikat bas yang berlainan.

Menurut salah seorang pengurus syarikat berkenaan, Marzuki Mansor, bas terakhir yang beroperasi adalah pada pukul 7.30 malam semalam.

Sebuah daripada bas tersebut, merupakan pengangkutan awam bagi laluan ke Ipoh-Kuala Kangsar.

Sehingga kini, punca kebakaran masih disiasat.

Walau bagaimanapun, stesen bas Medan Kidd ini masih beroperasi seperti biasa

end//baizura##

No comments:

Post a Comment