Thursday, January 14, 2010

PNB-AS1M

Skim Amanah saham satu Malaysia menawarkan ruang dan peluang pelaburan terbaik kepada segenap lapisan masyarakat.

Apatah lagi, ia adalah produk yang boleh diyakini kerana menggunakan surat jaminan kerajaan Malaysia sebagai penanda aras.

Menurut ketua eksekutif pebadanan nasional berhad PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, PNB sentiasa memastikan setiap produk yang dikeluarkan mempunyai nilai terbaik terutamanya dalam memberi ganjaran kepada pelabur.

Beliau ditemubual secara eksklusif oleh RTM perak di Perak FM.

Dengan nilai pelaburan minimum 100 ringgit, setakat ini pemegang unit amanah saham satu Malaysia telah mencecah 237 ribu 404.

83 peratus kuota kaum cina telah dibeli.

Manakala, bagi unit bumiputera hanya 6 peratus sahaja telah dilanggan dan untuk unit kuota kaum India dijual sebanyak sepuluh peratus.

Tan sri hamad kama piah sebelum itu melancarkan promosi amanah saham satu Malaysia peringkat negeri perak.

Melalui promosi yang sedang dijalankan ini, seramai 19 ribu pemegang unit baru telah berdaftar di tiga lokasi iaitu di kelantan, kedah dan johor baharu.

End//baizura

No comments:

Post a Comment