Saturday, January 16, 2010

PENGEDAR GULA

PENGEDAR GULA

Penstrukturan rangkaian pengedaran gula akan berkuatkuasa pada tahun ini. Ia bagi mengatasi masalah bekalan gula yang dikatakan kurang di pasaran.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, k-p-n-k-k dato tan lian hoe berkata, lantikan pengedar gula di sesebuah kawasan membolehkan kos pengangkutan dikurangkan.

beliau turut menegaskan, tindakan menarik lesen akan dibuat bagi pengedar yang menyorok gula dan tindakan mempembaharui lesen juga tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, kesedaran pengguna mengenai kuasa pengguna amat penting dalam mengawal bekalan dan harga gula.

Melalui talian hotline 1 800886 800 dan e-aduan kpdnkk, pengguna boleh membuat sebarang laporan atau aduan. Mereka juga boleh mengunjungi mana-mana pejabat negeri bagi tujuan berkenaan.

Dato tan lian hoe ditemui dalam sesi pemantauan bekalan gula di pasaran di Kuala kangsar, Perak.

Setakat ini, k-p-d-n-k-k memberi jaminan bahawa bekalan gula mencukupi sehingga tahun baru cina. Dan harga gula juga tidak akan dinaikkan.


End//baizura

No comments:

Post a Comment