Thursday, January 14, 2010

PERAK AS 1 MALAYSIA

Perak menduduki tangga ke 5 dalam pelaburan amanah saham satu malaysia dengan jumlah jualan melebihi 229 unit.

Dalam jangka masa 6 bulan pertama itu seramai 22 ,021 pemegang unit telah berdaftar.

Menurut ketua pegawai eksekutif pebadanan nasional berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Bin Che Othaman melalui skim amanah saham satu Malaysia ini, bumiputera mahupun bukan bumiputera masih boleh melabur.

Hal ini kerana, skim berkenaan menawarkan dana bernilai 10 billion unit. 50 peratus ditawarkan kepada bumiputra, 30 peratus untuk kaum Cina, 15 peratus kaum India dan selebihnya lain-lain.

Tan Sri Hamad Kama Piah berkata demikian dalam pelancaran promosi Amanah Saham 1 Malaysia peringkat negeri Perak di Ipoh.

Pelancaran ini bertujuan memberi ruang kepada orang ramai memahami disamping berinteraksi secara terus dengan piahk P-n-b mengenai perkara yang berkaitan.

Ia juga dijadikan sebagai satu pendekatan yang digembleng PNB untuk menarik minat golongan pelbagai peringkat umur minat dalam bidang pelaburan.

End//EZZA

No comments:

Post a Comment