Monday, January 18, 2010

MY ID MUDAH

My ID

760 perkhidmatan kaunter urusan kerajaan dapat dipermudahkan dengan penggunaan My-I-D.

orang ramai hanya perlu memberikan nombor My Kad atau kad pengenalan sebagai nombor tunggal untuk pelbagai urusan.

Penggunaan My ID ini dapat meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam selain memudahkan rakyat berurusan dengan kerajaan.

Bagi anggota tentera dan polis , mereka boleh berurusan dengan menggunakan nombor khidmat masing-masing.

Bagaimanapun bagi perkhidmatan yang melibatkan aspek keselamatan atau melibatkan ancaman kepada negara; mekanisme semakan peringkat kedua akan diwujudkan bagi mengesahkan identiti pelanggan.

end//