Friday, January 8, 2010

OPERASI D7

OPERASI D7


17 warga asing ditahan dalam satu serbuan terhadap sebuah premis hiburan di Ipoh awal pagi tadi.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 rakyat China dan 7 warga Thailand.

Operasi oleh 17 anggota Unit D7 Bukit Aman itu bermula dari pukul 11 malam hingga awal pagi tadi.

Menurut Superitenden Maszely Minhad yang mengetuai operasi itu, tingkat atas pusat operasi itu kosong semasa serbuan dibuat.

Bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis menemui laluan rahsia yang menempatkan 17 wanita rakyat asing di dalam sebuah bilik.

Hasil siasatan, 2 warga China tiada dokumen perjalanan manakala seorang rakyat Thailand tiada pasport.

Kesemua yang ditahan berusia antara 20 ke 31 tahun.

Turut ditahan seorang wanita Cina rakyat tempatan berumur 48 tahun, dipercayai ibu ayam.

Kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

End///Hasif Awang Idris

No comments:

Post a Comment