Tuesday, January 19, 2010

ROCK MELON

Gerik akan dijadikan lokasi pertanian khususnya menerusi penghasilan buah tembikal wangi atau “rock melon”.

Dengan pengemblengan tenaga belia dan kerjasama penubuhan perladang kawasan p-p-k, industri ini mampu menjanjikan keuntungan yang tinggi kepada masyarakat di sini, khususnya di luar Bandar.

Timbalan menteri perdagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaan k-p-d-n-k-k, dato tan lian hoe turut memperakui buah rock melon ini mempunyai pasarannya yang tersendiri.

untuk sekilogram buah tembikai wangi boleh dijual pada harga 8 ringgit. Berat setiap buah adalah antara sekilo hingga dua kilogram.

Jelas dato tan lagi, pengusahaan ini akan dikembangkan ke peringkat kampung dengan slogan satu kampung, satu rock melon.

Beliau ditemui di majlis perasmian menuai rock melon di gerik.

selain tembikal wangi, penumpuan terhadap tanaman rossell juga diberi perhatian. Pihak p-p-k Gerik telahpun menerima 10 ribu ringgit peruntukkan bagi pertanian ini.

Dato tan yang juga Ahli parlimen gerik, berkata faktor kedudukan kawasan yang menjadi laluan utama menghubungkan negeri di pantai timur dengan barat semenanjung antara pelengkap untuk merancakkan aktiviti perniagaan di sini.

End//baizura

No comments:

Post a Comment