Monday, January 18, 2010

PRESTASI IPK

PRESTASI IPK

Sepanjang tahun lalu jabatan siasatan jenayah narkotik kontinjen perak berjaya dalam tangkapannya untuk membanteras jenayah dadah.

antara tangkapan kes adalah melibatkan bekalan dadah,dan permintaan dadah.

Sebanyak 845 tangkapan dibuat bagi kes melibatkan bekalan dadah. Iaitu meningkat 26.9 peratus berbanding tahun 2008.

Turut mencapai sasaran adalah tangkapan melibatkan permintaan dadah iaitu meningkat seribu 675 tangkapan kepada 9 ribu 23 orang.

Dalam pada itu, di bawah seksyen 3(1) Akta dadah merbahaya 1985, pihak polis berjaya mencapai sasaran 13 peratus tangkapan pada tahun lalu iaitu sebanyak 113 orang.

Menurut timbalan ketua polis perak, dato zakaria yusof, antara jenis dadah yang dirampas adalah jenis heroin,ganja, ecstasy, psikotropik dan erimin.

END//EZZA

No comments:

Post a Comment