Monday, January 4, 2010

KALIMAH

KAMI KALIMAH

20 pertubuhan islam di Perak yang mewakili 20 ribu ahli menyatakan pendirian tegas agar isu berkenaan diambil serius kerana padahnya mungkin menyebabkan keruncingan perpaduan di negara ini.

Timbalan Yang Dipertua kesatuan anak-anak muda Islam Perak KAMI Azhari Abu
berkata, demi menjaga dan membela kesucian agama Islam, perjuangan bersama adalah nadi penting.

tambahnya lagi perkara ini perlu ditangani dengan bijak dan segera kerana ia berkaitan dengan aqidah umat islam.

dalam pada itu, KAMI menyenaraikan tujuh memorandum bantahan antaranya hak mutlak dan kedaulatan raja-raja melayu dalam agama islam tercabar, pemikiran dan pemahaman anak-anak muda melayu akan terganggu serta cubaan memecah belahkan umat islam di negara ini.

memorandum tersebut juga akan diserahkan kepada Sultan Perak, sultan azlan shah.

antara yang menyertai majlis bantahan ini ialh gerakkan belia 4B, persatuan kelab sukan melayu perak dan kelab IPTA dan IPTS Perak.

end//baizura

No comments:

Post a Comment