Friday, January 8, 2010

BUNUH AHLI PERNIAGAAN

BUNUH-AHLI PERNIAGAAN

Kes pembunuhan perunding perniagaan di Ipoh.

Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh mangsa dengan menggunakan besi pengunci kereta pada Hari Krismas lepas.

Loh Yoon Fatt, 38 tahun dari Pasir Pinji dituduh membunuh Lam Siew Kong, 59 tahun di tempat letak kereta Restoran Overseas, Jalan Sultan Abdul Halim pada pukul 9.20 malam, 25 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izalina Rajaai di hadapan Majistret Shahwira Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Dr Naran Singh.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Shahwira kemudiannya menetapkan 5 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia berhubung kes terbabit.

End///

No comments:

Post a Comment