Thursday, January 21, 2010

INDERAPURA TUDUHAN

INDERAPURA TUDUHAN

Bekas pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura akan dihadapkan ke Mahkamah Tentera, Lumut 25 Januari ini berhubung kejadian kes kebakaran kapal logistik terbesar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 8 Oktober lalu.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pegawai memerintah itu akan menghadapi dua pertuduhan dan boleh melantik peguam untuk membela dirinya.

Dalam pada itu, siasatan lanjut berhubung kebakaran kapal berkenaan masih diteruskan dan jika didapati ada pihak lain yang perlu bertanggungjawab, TLDM bersedia untuk membawa mereka ke mahkamah.

Tan Sri Abdul Aziz berkata demikian selepas majlis perlucutan tauliah KD sri Inderapura dan KD Sotong di Lumut.

KD sri inderapura telah berkhidmat dengan TLDM selama 14 tahun dan pernah berbakti dalam operasi menyelamat kapal MISC yang ditawan di somalia.

Selain itu, ia turut terlibat dengan operasi melindungi kapal dagangan Malaysia di teluk aden.

Pelucutan KD sotong pula diadakan kerana faktor usianya selain untuk mengurangkan perbelanjaan operasi yang semakin meningkat dan tidak lagi mempunyai kepentingan terhadap pengoperasian TLDM.

End//baizura##

No comments:

Post a Comment