Saturday, January 30, 2010

AZIZUL BASIKAL NIKAH

AZIZUL BASIKAL NIKAH

Jaguh lumba basikal negara, Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat emas dalam acara keirin Piala Dunia Trek U-C-I Klasik Beijing minggu lepas, selamat melangsungkan majlis pernikahannya semalam di taman meru height, ipoh.

Azizulhasni sah bergelar suami selepas lafaz akad yang ketiga dengan membawa
11 dulang hantaran termasuk pingat emas yang dimenanginya di Beijing.
pasangannya Athiah Ilyana abdul samat 24 tahun menerima Mas Kahwin berjumlah dua ribu ringgit dan wang hantaran 8 ribu ringgit.

terdahulu, majlis pertunangan turut diadakan.

Azizulhasni yang ditemui berkata beliau akan bertolak ke Melbourne, Australia pada minggu depan bagi meneruskan latihannya sebagai persediaan untuk Kejohanan Dunia di Denmark pada Mac ini.

end//

No comments:

Post a Comment