Wednesday, January 13, 2010

JUDI TUMPAS IPD KAMPAR

JUDI TUMPAS

pasukan polis ibu pejabat daerah i-p-d kampar, berjaya merampas 18 buah computer dan wang tunai 2ribu 877 ringgit dalam serbuan sebuah permis kedai.

Serbuan dibuat apabila premis berkenaan melakukan kegiatan perjudian haram menggunakan computer.

Menurut ketua polisnya supertenden abdul aziz salleh, premis seakan-akan seperti siber kafe itu dipercayai beroperasi secara haram hampir dua minggu sebelum serbuan dibuat pada 4 januari lalu.

Operasi pertama kali dibuat ini turut mendapat bantuan daripada unit pakar mesin judi.

Semasa serbuan, polis berjaya menahan enam lelaki berusia awal 20 an yang sedang mengakses pengisian judi berkenaan.

penjaga premis berusia 40 tahun turut ditangkap dan kini dituduh di mahkamah majistret kampar di bawah skesyen 4b (a) akta rumah judi terbuka 1953.

sabit kesalahan boleh didenda maksimum 100 ribu ringgit dan penjara tidak lebih lima tahun bagi setiap mesin yang beroperasi.

End//baizura

No comments:

Post a Comment