Friday, January 29, 2010

JALAN TUTUP

Bermula petang ini, beberapa jalan utama sekitar Ipoh akan ditutup sementara bagi laluan kepada perarakan perayaan Thaipusam Sabtu esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, semua kenderaan yang datang dari arah Jalan Sungai Pari dilencongkan ke Jalan buntung dan melalui Jalan Gurdwara untuk ke pusat bandar.

Mereka yang datang dari arah Jalan Lahat dan Bulatan Medan Kidd dilencongkan ke Jalan Leong Boon Swee sehingga perarakan memasuki Jalan Sultan yusof,.
bagi kenderaan yang datang dari arah Bulatan Hospital akan dilencongkan ke Jalan Datuk Ahmad Said dan masuk ke Jalan Raja Ekram.

Jelas Azisman lagi semua kenderaan dilarang masuk ke Gunung Cheroh mulai 6 petang ini sehingga pukul 3 pagi pada hari Ahad.

Kenderaan yang melalui Medan Istana akan dilencongkan ke susur Jalan Raja Musa Aziz untuk pergi ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jalan Kuala Kangsar, manakala semua kenderaan dari Jalan Kuala Kangsar dan Bangunan Pejabat Tanah Galian pula akan dilencongkan ke Jalan Istana untuk ke pusat bandar.

End//

No comments:

Post a Comment