Monday, January 18, 2010

DADAH TUMPAS

Anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak meramps 2.7 kilogram dadah jenis heroin di utara negeri itu, semalam.

Seorang lelaki berbangsa serani turut ditahan dalam operasi yang dilakukan kira-kira pukul 2.15 petang.

Timbalan ketua polis perak, dato zakaria yusof berkata, suspek berusia 43 tahun itu sebelum ini mempunyai satu rekod kesalahan lampau dan dikenakan hukuman di bawah seksyen 6 (1) akta bahan-bahan hakisan dan letupan .

Pihak polis berjaya menemui dadah tersebut di bahagian belakang tempat duduk kereta.

Suspek merupakan antara sindiket dadah yang dihendaki polis direman selama seminggu bermula hari ini.

Suspek ditahan dibawah Seksyen 39 A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

END//BAIZURA##

No comments:

Post a Comment