Sunday, January 31, 2010

UNIVERSITI BARU

UNIVERSITI BARU

Kerajaan negeri perak menerima satu lagi cadangan untuk membina sebuah kampus universiti yang melibatkan jalinan bersama pusat pengajian dari luar negara.

Menteri besar, dato seri dr zambry abdul kadir berkata, pihaknya telah menerima cadangan berserta pelan yang lengkap mengenai projek itu dan kini perkara itu dalam pertimbangan.


Tanpa mengumumkan kawasan pembinaannya, dato seri dr zambry menyatakan, pembinaan kampus tersebut memerlukan kawasan seluas 50 ekar sahaja dengan kos mencecah ratusan juta.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang UPSR dan PMR 2009 UMNO bahagian Lumut di manjung.

Dalam mempertingkatkan taraf pendidikan di negeri ini, kerajaan Perak telahpun meluluskan projek pembinaan universiti perubatan di sekitar gua tempurung. Malah penubuhan pasukan khas dibentuk bagi menaik taraf status kolej islam darul ridzuan kepada taraf kolej universiti.



End//BAIZURA

No comments:

Post a Comment