Tuesday, January 12, 2010

PENDAFTARAN ISTIMEWA PUO

POLITEKNIK ISTIMEWA

Lebih 2 ribu pelajar baru mendaftar diri untuk sesi pengajian Januari 2010 di Politeknik Ungku Omar P-U-O di Ipoh hari ini. Pendaftaran kali ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya pendaftaran dilakukan secara online.

Lebih 30 jurusan bertaraf Diploma dan Sijil ditawarkan pada sesi pengajian kali ini.

Turut mendaftar kali ini ialah lapan pelajar golongan istimewa, pekak dan bisu.

Menurut Penyelaras Pendidikan Khas, Puan Low Gaik See, pihaknya menyediakan tempat untuk golongan itu meneruskan pengajian mereka di situ sejak tahun 2002. Sehingga kini kesemua pelajar terbabit lulus dengan cemerlang, malahan ada yang terus mendapat pekerjaan sebaik sahaja tamat pengajian di situ.

Walau bagaimanapun kekurangan yang ada pada diri mereka, namun mereka tetao menyatakan kesungguhan untuk berjaya.

Menurut ketua pengarah P-u-o, mohamad jayus bunasir, politeknik di sini mempunyai kuota pengambilan pelajar kurang upaya o-k-u dengan bilangan yang tertentu pada setiap tahun.

Tambahan pula, p-u-o ini turut menyediakan kemudahan untuk pelajar berkenaan.


End//

No comments:

Post a Comment