Friday, January 15, 2010

ZAHID PLKN

[[PLKN ZAHID]]


Usaha memupuk interaksi dan kesepaduan pelbagai kaum memakan masa.

Namun di Program Latihan Khidmat Negara P-L-K-N, perkara ini dapat di capai.

Siri ke tujuh P-L-K-N 2010 dilihat mampu merealisasikan matlamat mengukuhkan perpaduan.

Dengan komposisi 60 peratus bumiputra, 28 peratus bangsa Cina, 10 peratus India dan 2 peratus kaum lain, ia merupakan nadi mewujudkan persefahaman dan saling menghormati.

Menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, dalam P-L-K-N, kepelbagaian ini mampu membentuk masyarakat bersatu padu.


Bagaimanapun katanya, tindakan susulan daripada semua organisasi termasuk pemimpin masyarakat amat perlu agar keberkesanan latihan yang diterapkan benar-benar memberi impak positif.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid merasmikan P-L-K-N siri 7 / 2010 di Kem Desa Rimba, Kuala Kangsar.

Seramai 30 ribu 900 pelatih mengikuti P-L-K-N di 79 buah kem seluruh negara.

Pada tahun ini seribu 916 permohonan diterima daripada mereka yang berminat mengikuti program ini.

END//BAIZURA##

No comments:

Post a Comment