Thursday, January 21, 2010

KAMPAR-KES CURI

KAMPAR TANGKAP

Penahanan tiga lelaki menyebabkan kes kehilangan barangan elektrik dan perkakas rumah di sekitar Taman Kampar Perdana, kampar sejak Jun lalu berjaya dileraikan.

Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Abdul Aziz Salleh berkata intipan selama dua minggu itu berjaya menemui 44 jenis barangan elektrik dan peralatan rumah termasuk computer, mesin basuh dan peti sejuk yang bernilai lebih 10 ribu ringgit.

Turut ditemui pelbagai jenis senjata yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah.

Menurut Supritendan Abdul Aziz lagi, modus operandi yang dijalankan adalah menggunakan lori yang disewa untuk mengangkut barang.

Kesemua ditahan berusia antara 19 hingga 43 tahun. suspek akan dihadapkan ke mahkamah kampar hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun.

Namun, pihak polis masih mengesan dua lagi lelaki yang dipercayai ahli kumpulan tersebut.

dengan tertangkapnya suspek berkenaan polis telah berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

End//baizura

No comments:

Post a Comment